Kunjungan Hormat Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) Zon Tengah Ke Nadi Presint 18, Putrajaya

14 April 2026 | Aktiviti Terkini

13 April 2026 (Isnin) - J-KOM Zon Tengah telah mengadakan sesi kunjungan hormat kepada Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Presint 18, Putrajaya. Sesi kunjungan hormat ini melibatkan empat orang wakil yang terdiri daripada Pejabat Zon Tengah dan J-KOM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kunjungan hormat ini bertujuan untuk menjalinkan hubungan strategik dan perkongsian kepakaran antara jabatan khususnya berkaitan operasi.

Program bermula pada pukul 10.15 pagi dengan sesi pembentangan daripada Pengurus NADI Presint 18 iaitu Puan Haryati berkenaan pengenalan NADI, program SSO yang telah dijalankan, ikon usahawan, dan program yang aktif di NADI Presint 18. Seterusnya program diteruskan dengan ucapan daripada Puan Noorisah Binti Haji Hakim, Pengarah Zon Tengah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-КОM) mengenai penghargaan kepada NADI kerana sudi menempatkan pegawai J-KOM di NADI yang terpilih.

Program berakhir dengan sesi penutup, penyerahan cenderahati, jamuan ringan dan sesi bergambar bersama pegawai J-KOM, wakil TP Sprintz Designs dan staf NADI. Program tamat pada pukul 11.30 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas